Páginas

Monday 19 January 2015

Penyampai Bantuan Persekolahan 1Malaysia SMK Seri Nering

Haji Pehimi menyampaikan wang Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada ibubapa/penjaga Sek. Men. Keb. Seri Nering.
*****
19 Januari 2015 (Isnin) - Bertempat di Dewan Besar SMK. Seri Nering pada tengahari, Haji Muhammad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap ADUN Jertih menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Ibubapa/Penjaga sekolah ini.

Pada sebelah pagi Haji Pehimi telah menyampaikan sumbangan sama bagi sekolah-sekolah rendah Zon 1 dalam DUN Jertih bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, di Gong Kemuntong, Jertih.
Hadir sama dalam majlis di atas ialah Encik Zahapi Sagaf - Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Encik Baharum Said - Pengerusi PIBG serta Pengetua sekolah berkenaan.

Antara ibubapa/penjaga yang hadir.

No comments:

Post a Comment