Páginas

Sunday 25 January 2015

Dabong Terhutang Budi Bantuan Terengganu

Author: Fauzi Mohd | 23 January 2015

 

Mangsa bencana banjir di kawasan DUN Dabong terhutang budi dengan perhatian dan bantuan yang dihulurkan Terengganu.

Kerajaan Terengganu dan lebih 6,000 anggota Skuad Sukarelawan TTB telah berkampung di Dabong lebih dua minggu dalam Misi Kemanusiaan Pasca Banjir.
ADUN Dabong, Dato’ Ramzi Abdul Rahman berkata, budi yang ditabur tidak terbalas nilainya yang membantu hampir 3,000 mangsa banjir dikawasan itu.

“Dabong memerlukan satu masa yang panjang untuk dipulihkan. Yang kita nampak bagaimana nak pulihkan struktur kehidupan kampung yang telah rosak.

“Kami juga perlu memulihkan semangat orang Dabong untuk bangkit membina kehidupan baru,” katanya ketika berucap selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jelawang, Dabong petang tadi.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman turut serta bersama masyarakat kampung dan Skuad Sukarelawan TTB menunaikan Solat Jumaat di masjid itu.



Hadir sama, Speaker DUN Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Ahmad Razif yang diberi kesempatan untuk berucap berkata, Kerajaan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada penduduk Dabong kerana memberi kerjasama kepada pasukan sukarelawan dari Terengganu.

“Segala kekurangan dari kami, saya bagi pihak Skuad Sukarelawan TTB dan Kerajaan Terengganu memohon maaf,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment