Páginas

Thursday 29 January 2015

Terengganu Selaras Projek Pelaburan Menerusi T-Invest

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN  | 28 JANUARY 2015 


Terengganu akan menyelaras semua aktiviti dan projek pelaburan dalam pelbagai sektor di bawah satu unit baharu yang  dikenali sebagai  T-Invest, tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata unit baharu yang  dibentuk menerusi jawatankuasa khas itu bakal dianggotai golongan profesional daripada pelbagai bidang, sekali gus akan menjadi platform untuk menjana pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih pesat.

“Kita akan memperkasakan `Terengganu Investment’ (T-Invest) dan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mazlan Ngah supaya mengetuainya.

“Kita lihat banyak projek pelaburan yang digerakkan berasingan dan (sepatutnya) perlu digabungkan supaya industri berkenaan akan meningkat dengan baik. Antara lain program perubatan jika digabungkan dengan pelancongan akan mewujudkan sektor pelancongan kesihatan yang akhirnya akan lebih memperkasakan pelbagai  industri di Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd dan Kontraktor perkongsian Pengeluaran di Hotel Primula, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Ahmad Razif berkata, sektor pelaburan yang turut berada di bawah portfolionya akan diberi sepenuh tumpuan supaya T-Invest itu nanti  mampu menjana pembangunan dan ekonomi berkembang lebih pesat supaya memberi faedah kepada seluruh rakyat.

Teganukita

No comments:

Post a Comment