Páginas

Monday 19 January 2015

Penubuhan Skuad Sukarelawan TTB Wajar Dicontohi Negeri Lain – Wakil Rakyat Pahang

Author: Mohd Syazni Zainudin 17 January 2015
 Sebahagian daripada ahli Skuad Sukaralewan TTB yang berada di Sekolah Kebangsaan Serambi, Pekan bersama Dato' Ahmad Razif Abd Rahman. FOTO oleh Harish Fadzillah.
*****



Kerajaan Terengganu meneruskan misi kemanusiaan pasca banjir ke Pahang dalam usaha membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di negeri itu.

Selain menghantar Skuad Sukarelawan TTB untuk operasi pembersihan ke kawasan terjejas banjir, Terengganu turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM110,000.
Sebanyak RM100,000 diserahkan kepada ADUN Chini, Dato’ Abu Bakar Harun dan RM10,000 kepada ADUN Bebar, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Mohammad Fakhruddin berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri merupakan satu contoh yang patut diteladani oleh negeri-negeri lain.

“Ini adalah satu pendekatan yang menunjukkan kerajaan negeri begitu perihatin terhadap negeri jiran yang turut terjejas akibat banjir.

“Walaupun Terengganu menghadapi krisis pada masa yang sama, Dato’ Ahmad Razif turut menghulurkan bantuan kepada negeri yang lebih teruk dilanda contohnya di Kelantan dan Pahang,” katanya.

Beliau ditemui di Ancasa Royale, Pekan selepas melawat Sekolah Kebangsaan Serambi, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat.

Sebelum itu, kerajaan negeri menerima sumbangan daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia sebanyak RM72,746.

Dalam pada itu, Mohammad Fakhruddin berkata, negeri-negeri lain patut mencontohi Terengganu dalam mewujudkan skuad sukarelawan dalam menghadapi pasca banjir.

“Ini merupakan satu inisiatif yang baik dicetuskan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu dalam menghadapi pasca banjir.

“Pertolongan yang dihulurkan oleh Skuad Sukarelawan TTB dalam membersih serta membaik pulih amatlah diperlukan bagi memastikan kawasan yang terjejas akibat banjir pulih dan boleh digunakan seperti sedia kala,” katanya.

Teganukita

1 comment:

  1. mcm mana nk sertai Skuad Sukarelawan Negeri Terengganu ??

    ReplyDelete