Páginas

Tuesday 6 January 2015

Pemuda UMNO Besut Bantu Pelajar Mangsa Banjir Di Hulu Besut

Author: Mohamad Ishak 5 January 2015 



Nasib pelajar di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang kehilangan pakaian sekolah selepas rumah keluarga mereka dilanda banjir  besar baru-baru ini mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Besut yang tanpil membantu mereka.
Pergerakan itu, menyenaraikan 60 pelajar dari Kampung Keruak, Pak Sik dan Belaoh untuk menerima pakaian seragam sekolah sebagai persipan masuk ke sekolah pada 11 Januari ini.

Ketuanya, Azizul Jasmi Mohamad berkata, pelajar terbabit yang menghadapi masalah kerana kemiskinan dan rumah mereka terjejas teruk dilanda banjir diberi bantuan khas untuk membeli pakaian.

Katanya, kesemua kanak-kanak terbabit yang diiringi ibu bapa masing-masing diangkut dengan sebuah bas dan di bawa ke Bandar ini untuk membeli pakaian seragam sekolah di beberapa kedai sekitar Bandar ini.

Beliau berkata, program itu sebahagian daripada usaha yang dilakukan Pemuda bagi membantu meringankan ibu bapa kerana mereka menerima nasib malang selepas rumah mereka di tiga kampung terbabit dilanda banjir besar menyebabkan tidak dapat menyelamatkan harta benda.

“Saya berharap dengan sedikit bantuan yang disumbangankan oleh pemuda ia dapat meringankan beban ibu bapa,” katanya.

Azizul berkata, selain bantuan pakaian sekolah pihaknya juga turut mengadakan gotong royong rumah mangsa yang dilanda banjir di Kampung La, Keruak, Pak Sik dan Belaoh, Hulu Besut.


Teganukita

No comments:

Post a Comment