Tiga bandar tersebut adalah Bandar Baru Kijal, Kemaman; Bandar Baru Bukit Besar, Kuala Terengganu dan Bandar Al-Watiqu Billah, Kuala Nerus.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi Kuala Nerus, kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur dan pusat pentabiran secara ‘bayaran berjadual dengan had’ dengan kos yang dipersetujui sebanyak RM600 juta.
“Projek ini akan siap dalam masa empat tahun dan kerajaan negeri akan membuat pembayaran sebanyak RM70 juta setahun selama 10 tahun mulai tahun 2016,” katanya.
Bagi Bandar Baru Kijal pula, peruntukan sebanyak RM10 juta dibelanjakan bagi meneruskan pembangunan bandar tersebut.
Ahmad Razif berkata, pada tahun 2016, peruntukan sebanyak RM40 juta dikeluarkan bagi penyediaan kemudahan infrastruktur di Bandar Baru Bukit Besar.
“Ia meliputi kos pengambilan balik tanah dan pembinaan jalan serta peningkatan kapasiti bekalan air,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment