Páginas

Wednesday, 18 February 2015

490 Anggota Polis Digerakkan Ops Selamat Tahun Baru Cina

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 17 FEBRUARY 2015


Haji Pehimi membetulkan topi kelendar seorang penunggang motor semasa melancar OPS Selamat Tahun Baru Cina
*****

Seramai 490 pegawai dan anggota Polis akan ditugaskan sepanjang musim cuti perayaan Tahun Baru Cina bagi menjaga keselamatan di sekitar Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa berkata anggota-angota akan ditugaskan bukan sahaja di jalan raya malah turut merangkumi kawasan-kawasan yang sering terjadi jenayah.

“Sepanjang tempoh tiga hari iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu ini, kita akan tugaskan pegawai dan anggota kami untuk menjaga keselamatan bukan sahaja di jalan raya malahan di kawasan-kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan.

“Kami akan mempertingkatkan rondaan di tempat yang berisiko dengan pelakuan-pelakuan jenayah seperti di bank, premis pajak gadai, kedai emas serta kedai-kedai 24 jam bagi memastikan tiada penjenayah mengambil kesempatan atas cuti panjang ini,” katanya.

Beliau ditemui media media pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Muhammad Pehimi Yusof di Jalan Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abd Rahman Emang Anyie Abdullah dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu, Ahmad Firdaus Haron.

Tambah Jamshah, pengguna yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur II dinasihatkan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

“Lebih berwaspada ketika melaluinya kerana jalan ini masih baru dan janganlah terlampau teruja.

“Faktor-faktor seperti permukaan jalan serta kehadiran binatang-binatang di atas lebuhraya tersebut antaranya menjadi punca kemalangan. Jadi pengguna hendaklah memberi tumpuan lebih ketika memandu.terutamanya di waktu malam,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment