Páginas

Tuesday, 10 February 2015

Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ Memerlukan 200 Jururawat Tambahan

AUTHOR: SURIATI ALI | 9 FEBRUARY 2015 

Pusat Rawatan Ibu dan Anak
*****
Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) memerlukan sekurang-kurangnya 200 jururawat lagi bagi membolehkan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi itu beroperasi sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohamad Omar berkata pihaknya hanya menerima lebih 100 jururawat sahaja ketika pra pembukaan awal Mac tahun lalu, sedangkan kapasiti sebenar memerlukan 320 jururawat.


Katanya, unit atau bahagian tertentu sahaja dapat dibuka secara berperingkat-peringkat, termasuk klinik ibu dan bayi, wad ibu bersalin yang menempatkan kira-kira 100 katil, `labour room’ dan bilik bedah.

“Bagi unit rawatan rapi (ICU) dan wad penjagaan bayi mula dibuka kepada pesakit awal tahun ini.

“Setiap syif sekurang-kurangnya 20 orang jururawat di setiap bahagian, maka tiga syif memerlukan 60 kakitangan yang bertugas,“katanya ketika dihubungi teganukita hari ini.

Katanya, bahagian ibu mengandung dan wad kelas pertama, masih menunggu petugas, termasuk jururawat dan pegawai perubatan.

“Pihak kami tidak boleh menetapkan tarikh tertentu bagi membolehkan pusat rawatan itu beroperasi sepenuhnya, selagi keperluan masih tidak mencukupi, tidak boleh beroperasi.

“Pada masa sama, cukup mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyegerakan kemasukan petugas di pusat rawatan itu, kerana keperluannya sangat terdesak,” katanya..

Untuk rekod, Pusat Rawatan Ibu dan Bayi yang mempunyai enam aras atas tanh berkeluasan 4.63 hektar mula dibangunkan pada 18 Disember 2008, siap sepenuhnya pada 18 Disember 2013 sebelum diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Februari 2014.

Selain memiliki 312 buah katil, ia juga terbahagi kepada enam wad bersalin, 24 bilik bersalin, dua dewan bedah, 20 katil wad kelas pertama.

Selain dilengkapi dengan bangunan parkir yang berasingan, lima aras yang mampu memuatkan sebanyak 385 lot parkir serta kemudahan lif dan pemantauan CCTV, surau, kafeteria, ruang permainan kanak-kanak dan juga ruang kedai.

Teganukita

No comments:

Post a Comment