Katanya, dalam keadaan harga minyak telah turun, pengguna seharusnya memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.
“Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan, pulau sahaja. Kalau terlalu tinggi, lapor kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan mereka boleh menguatkuasakan Akta Pencatutan.
“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan dalam status laman sosial Facebook miliknya.
Khairy berkata, mesej yang penting dalam isu seperi ini ialah kuasa pengguna dan pengguna seharusnya menggunakan kuasa mereka.
“Libatkan diri dengan kumpulan pengguna dan aktivis. Nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga yang terlalu tinggi pada media sosial,” ujarnya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment