Páginas

Monday, 2 February 2015

LPT II Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 31 JANUARY 2015 

LPT II yang menghubungkan dari Gemuruh ke Jabor mula dibuka hari ini. FOTO oleh Tengku Syamim.
*****
LPT II yang menghubungkan dari Gemuruh ke Jabor mula dibuka hari ini. FOTO oleh Tengku Syamim.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) II mula dibuka sepenuhnya secara rasmi kepada pengguna mulai hari ini selepas diwartakan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan adanya lebuhraya tersebut ianya akan memendekkan lagi perjalanan.

“Lebuhraya sepanjang 184 kilometer (km) bermula dari Gemuruh ke Jabor akan memendekkan masa perjalanan di mana hanya memakan masa sejam 30 minit sahaja.

“Dengan belanja sebanyak RM 4.1 bilion, lebuhraya ini mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan rehat dan rawat,dua hentian sebelah dan 98 jambatan,” katanya.


Beliau ditemui di Kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman selepas melakukan lawatan LPT II dari Gemuruh ke Jabor, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Dato’ Shafii Mohamad.

Ahmad Razif berkata dengan adanya lebuhraya tersebut, ianya juga bakal membantu dalam merancakkan ekonomi negeri.

“Negeri ini mempunyai sasaran pendapatan per kapita RM8,000 menjelang tahun 2020.

“Melalui LPT II ini, kita akan dapat membantu dan memacu membangunkan ekonomi negeri Terengganu sekaligus mencapai sasaran yang dikehendaki apabila ramai yang datang dan sekaligus berbelanja di negeri ini,” katanya.
Kawasan Rehat dan Rehat Perasing itu menggunakan konsep 'One-Stop Rest Area'.
*****
Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata pihaknya menarik perhatian apabila kawasan Rehat dan Rawat Perasing dibuka kepada tiga penjuru.

“Kawasan rehat Perasing itu menggunakan konsep ‘One-Stop Rest Area’ membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan (Perasing).

“Kawasan rehat Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan Kemajuan Tanah (FELDA) Neram, Kemaman. Di sini akan disediakan perkhidmatan yang terbaik dari segi kemudahan kepada pengguna,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment