Páginas

Tuesday, 3 February 2015

Terengganu-Medan Kukuh Hubungan Melalui Pendidikan, Pelancongan & Kebudayaan

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 2 FEBRUARY 2015 

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman bersama Pengerusi Ikatan Alumni USU, Ir. H. Tengku Erry Nuradi di USU selepas menandatangani MoU, hari ini.
*****
Kerajaan negeri dan Ikatan Alumni Universitas Sumatera Utara (USU) hari ini menandatangani ‘Letter of Intention’ bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Terengganu dan Medan.

Majlis tandatangan itu diwakili oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman manakala Ikatan Alumni USU diwakili oleh pengerusinya Ir H. Tengku Erry Nuradi di USU.

‘Letter of Intention’ tersebut bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pihak menceburi bidang pendidikan, pelancongan dan kebudayaan serta pelaburan dan perniagaan.

Susulan daripada ‘Letter of Intention’, satu perjanjian persefahaman (MoU) akan dibuat di mana ia dijangka akan ditandatangani dalam tahun ini.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri akan menubuhkan satu pasukan bagi menyediakan MoU tersebut bagi memastikan hubungan Terengganu-Medan dapat mencapai ketiga-tiga bidang yang dinyatakan.

“Dengan adanya perjanjian persefahaman kelak, tidak mustahil Terengganu akan menjadi satu hub bagi negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia bagi semua bidang yang kita fokuskan.

“Ini tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan bermula pada Mac ini, Sri Wijaya Airlines akan kembali beroperasi di mana penerbangan terus dari Medan ke Kuala Terengganu,” katanya.

Beliau turut berkata rakyat di Terengganu dan Medan harus mengambil manfaat ini dan seterusnya menjadikan pendapatan tambahan kepada mereka.

teganukita

No comments:

Post a Comment