Ahmad Razif berselaman dengan penjawat awam ketika Program Turun Padang, di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini Foto Harish Fadzilah
*****
Kerajaan negeri akan mengenakan tindakan lebih tegas, termasuk menahan dan membawa mana-mana lelaki islam di Terengganu menaiki van jenazah sekiranya didapati ponteng solat Jumaat.Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu selaras dengan arahan semua pasar raya di negeri perlu ditutup selama dua jam, berakhir 2.30 petang pada setiap Jumaat yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Katanya, kaki ponteng juga akan ditempatkan di Pondok Moden Kaunseling bagi mengikuti sesi kaunseling, mendalami ilmu bersama ustaz berpengalaman, selain mendidik agar perkara sama tidak berulang. Sekiranya masih berdegil, golongan itu bakal berdepan tindakan lebih berat oleh mahkamah.
“Pihak kami terpaksa bertegas berkaitan perkara itu, kerana ramai yang menganggap perkara wajib itu sebagai remeh di mana tidak malu bersiar-siar di lokasi tertentu walaupun menyedari waktu itu perlu ke masjid untuk solat Jumaat,” katanya.
Menurutnya, dia ada meminta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperkemaskan undang-undang berkaitan itu, termasuk mempelawakan lebih ramai wanita mengisi kekosongan jawatan sebagai penguatkuasa wanita.
“Sebolehnya wanita yang memiliki sijil seni mempertahankan diri, diberi keutamaan menjawat tugas itu, sebagai persediaan berdepan pelbagai kemungkinan berlaku,
“Tugas peguatkuasa wanita ini, perlu memberi nasihat dan menangkap mereka yang lepak di mana-mana lokasi, sebelum dibawa bersiar-siar menaiki van jenazah, selain menempatkan mereka di Pondok Moden Kaunseling,” kartanya.
Ahmad Razif bertanya sesuatu kepada perugas kaunter di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.
*****
Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita sebelum memulakan Program Turun Padang, di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.
Teganukita
No comments:
Post a Comment