Páginas

Sunday, 22 February 2015

Kelantan Ikut Langkah Terengganu Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat

AUTHOR: FAUZI MOHD 16 FEBRUARY 2015


Kerajaan Negeri Kelantan mengikut jejak langkah Terengganu menutup pusat beli-belah selama dua jam pada waktu solat Jumaat.

Portal berita mStar dalam laporannya semalam berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kini memperkenalkan langkah yang hampir sama dengan Terengganu.


Kerajaan Terengganu telah menguatkuasakan peraturan itu sejak 1 Januari lalu.

Menurut laporan itu, MPKB telah mengarahkan semua premis perniagaan dan tidak terhad kepada yang mempunyai peniaga beragama Islam sahaja untuk membuat penutupan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 2 petang pada setiap hari Jumaat.

“Surat bertarikh 14 Januari dan ditandatangani oleh Setiausaha Majlis, Rosnazli Amin, memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan tersebut dan telah diedarkan kepada semua perniagaan,” ujar laporan itu.

Teganukita

No comments:

Post a Comment