Páginas

Monday 2 February 2015

Pusat Aktiviti Warga Emas Di Setiap Parlimen

AUTHOR: FAUZI MOHD | 1 FEBRUARY 2015 

Muhammad Pehimi Yusof
*****
Kerajaan Terengganu akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap Parlimen di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, setakat ini terdapat lima PAWE telah ditubuhkan iaitu di Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Ini bermakna tiga PAWE lagi akan dibina di Terengganu menjelang 2018.

“Tiga kawasan yang akan dibina ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program PAWE di Kampung Paya Rawa, Besut.

Muhammad Pehimi berkata, pewujudan PAWE telah memberi peluang kepada warga emas menjalankan aktiviti di dalam komuniti sekali gus membolehkan mereka berkomunikasi sesama mereka.

“PAWE juga akan dijadikan sebagai pusat informasi kepada warga emas untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program serta kemudahan yang disediakan kerajaan negeri dan pusat kepada rakyat, khususnya warga emas.

“Sebenarnya kerajaan negeri menyediakan banyak kemudahan untuk rakyat tetapi ramai rakyat yang tak tahu kerana maklumat tidak sampai kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM contohnya telah melaksanakan kemudahan terbaik kepada warga emas iaitu menerusi Program Khidmat Bantu di rumah dan Unit Penyayang Warga Emas (UPWE).

Menurut beliau, di Terengganu terdapat 50 sukarelawan, PAWE Besut satu-satunya dan antara yang terawal menyediakan perkhidmatan UPWE di negeri ini.

“Sehingga hari ini seramai 299 warga emas Besut mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment