Páginas

Sunday, 22 February 2015

“Wakil Rakyat Halimunan, Awak Kat Mana?”

AUTHOR: FAUZI MOHD 21 FEBRUARY 2015 



Sekumpulan pengundi yang di DUN Bandar meluahkan rasa tidak puas hati apabila wakil rakyat mereka, Azan Ismail diletakkan dalam senarai ‘wanted’ (dikehendaki), lapor Sinar Harian.

Para pengundi DUN Bandar dikatakan tidak berpuas hati dengan wakil rakyat mereka yang juga Pengerusi PKR Terengganu dengan menggantung banting sebagai tanda protes menuntut supaya ‘undi dikembalikan’.


Setiausaha PKR Terengganu, Wan Bukhari Wan Mohamad percaya banting yang digantung di jambatan pendek, Kampung Cina yang disertakan keterangan dalam bahasa Cina itu merujuk kepada Azan walaupun imejnya tidak jelas. “Keterangan dalam bahasa Inggeris pula ditulis dengan perkataan ‘wanted’ seolah-olah cuba mengaitkan Azan dengan perlakuan tidak elok.

“Ia dikuatkan lagi dengan keterangan dalam bahasa Cina (yang ditulis) seolah-olah YB (Azan) tidak buat kerja dan mereka suruh pulangkan semula kerusi DUN Bandar (itu),” ujar beliau.

Wan Bukhari berkata, keterangan dalam bahasa Cina yang ditulis dengan warna kuning bermaksud ‘Pertama kali ditipu adalah naif, sekali lagi ditipu adalah bodoh’ manakala yang bertulisan merah pula adalah ‘Wakil rakyat halimunan, awak kat mana, kembalikan undi saya’.

Sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu berkenaan insiden terbabit yang dianggap berniat jahat dan cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum.

Jelasnya, pelaku juga dilihat cuba menghasut masyarakat Cina di DUN Bandar khususnya di Kampung Cina supaya membenci Azan. Pihaknya turut menggesa pihak polis mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu.

“Dengan peruntukan undang-undang yang ada, ia harus disiasat serta-merta dan diberi perhatian segera,” katanya. Sebelum ini nama Azan meniti di bibir ahli PAS Terengganu apabila beliau tampil menjadi saksi kepada bekas calon PKR

DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin untuk menyaman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan tuduhan pil kuda dalam ceramah beliau di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, semasa kempen Pilihanraya Umum ke-13.

Namun, dalam kes saman yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu itu, Abdul Hadi telah berjaya mengetepikan saman bernilai RM2 juta yang difailkan Mohd Shamsul itu.

Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak saman itu dengan kos.

Teganukita

No comments:

Post a Comment