Oleh Norakmah Mat Youb | norakmah@bh.com.my
SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat hari ini menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin dan ahli parti yang terbabit dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).
Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, ini bagi memastikan anasir perosak tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Beliau berkata, banyak kenyataan ahli PASMA jelas menyerang serta melanggar dasar PAS dan lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina ulama dan Presiden PAS.
"PASMA secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri meminta ahli PAS tidak terbabit dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Ini jelas satu usaha merosakkan PAS dan menghancurkan dari dalam serta memecahbelahkan PAS," katanya dalam ucaptama pada Majlis Multaqa Ulama Se-Malaysia II, di sini.
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Majlis Multaqa Ulama Se-Malaysia II di Serdang. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Berita Harian
No comments:
Post a Comment