Páginas

Tuesday 10 February 2015

Daftar Online Program Usahawanan

AUTHOR: SURIATI ALI | 9 FEBRUARY 2015


Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempelawa graduan di negeri yang berminat untuk menjadi usahawanan, mendaftar secara online bagi menyertai Program Usahawanan Graduan Terengganu.

Program bertujuan meneroka peluang kerjaya itu kepada siswazah yang belum mandapat pekerjaan untuk dibimbing menjadi seorang usahawanan.


Ketua Pegawai Eksekutif YPU Wan Rubi Wan Jusoh, berkata individu yang berminat dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk mendaftar dan menyertai program ini. Pemilihan akan dilakukan kepada calon yang layak

Antara syaratnya, perniagaan perlu beroperasi di Terengganu dan bakal usahawanan diberi keutamaan kepada belia kelahiran Terengganu dan berminat untuk berniaga.

“Peserta akan menerima elaun sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang mengikuti program itu.

“Program ini akan menggunakan konsep mentor-mentee dalam memberi pendedahan kepada peserta berhubung bidang perniagaan.,” katanya.

Katanya, YPU turut memantau peserta terlibat selepas tamat program sehingga mereka memulakan perniagaan sendiri kelak dan ia termasuk pemberian khidmat nasihat dan rancangan perniagaan.

“Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan di lawan web YPU dan penyertaan terbuka kepada lulusan ijazah yang berumur kurang 40 tahun,”katanya.

Link: http://www.ypu.com.my/

Teganukita

No comments:

Post a Comment