Páginas

Wednesday, 4 February 2015

DAP Salurkan RM1.5 Juta Kepada PasMa Untuk Jatuhkan Hadi Awang

AUTHOR: FAUZI MOHD | 3 FEBRUARY 2015 


DAP didakwa menyalurkan RM1.5 juta kepada kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menjatuhkan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, Fadli Ibrahim, berdasarkan laporan Raja petra Kamaruddin (RPK) di laman miliknya, Malaysia Today.

“Lebih menggeramkan saya apabila Lim Guan Eng telah memberi 1.5 juta kepada PasMa sebagaimana yang dilaporkan oleh Raja Petra Kamarudin di dalam Malaysia Today. Pemberian duit tersebut adalah bagi tujuan melakukan kempen melawan Tuan Guru Presiden.

“Ini bermakna, satu pengkhianatan yang sangat jahat dilakukan oleh Lim Guan Eng terhadap pemimpin parti sekutu. Kalau benar Raja Petra bohong, maka samanlah sebagaimana beliau tanpa berlengah mengeluarkan saman terhadap YB Nasarudin Tantawi beberapa bulan yang lalu.

“Apa yang lebih jahat lagi, sebagaimana difahami daripada laporan Malaysia Today tersebut, golongan PASMAisme yang dibajai oleh DAP dengan dana RM1.5 juta ini, dijaga dan dibela oleh Kumpulan yang yang disertai oleh AJK PAS Pusat sendiri.

“Anda semua dapat lihat dengan jelas bagaimana PasMa dibela, dipuji, diberikan ruang dan peluang. Lebih dahsyat, sehingga hari ini penggerak-penggerak PasMa terutamanya Pahrolrazi sendiri langsung tidak diambil tindakan.

“Bukan setakat tidak dipecat daripada parti, bahkan satu amaranpun tidak dikeluarkan oleh PAS Pusat. Presiden dilihat terkontang kanting mempertahankan parti daripada PasMa. Selain Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, mana pergi Naib-Naib yang dipilih oleh muktamar menerajui parti?,” soal Fadli dalam kenyataannya yang disiarkan facebook pro ulama, El Haraki.

RPK dalam tulisannya bertajuk ‘PasMa : Pas Baru’ dalam kolumnya ‘The corridors of power’ Malaysia Today mendedahkan Presiden PasMa, Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi bersama 15 delegasinya yang mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 15 Januari lalu sebagai isyarat DAP merestui NGO serpihan PAS itu.

“Apa yang tidak dilaporkan adalah Lim Guan Eng telah memberikan PasMa RM1.5 juta, yang sepatutnya untuk kerja-kerja bantuan banjir.

“Walau bagaimanapun, setakat ini, wang RM1.5 juta itu tidak digunakan untuk tujuan yang didakwa. Cakap-cakap di kalangan dalaman PasMa menyebut bahawa RM1.5 juta adalah bertujuan untuk berkempen terhadap Hadi untuk memastikan beliau ditendang keluar sebelum pilihan raya umum akan datang,” kenyataan RPK dipetik.

Pendedahan RPK itu disambut oleh El Haraki yang menuntut Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menjawabnya.

Dalam masa sama El Haraki turut menyiarkan kenyataan Guan Eng di akhbar Sin Chew, 27 Januari yang secara terang-terangan mengkritik kerajaan PAS Kelantan.

“Bebas rasuah penting, tapi lebih penting boleh buat kerja. Kalau tak boleh buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat!

“Saya cakap direct. Saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana?

Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah, pun kena boleh buat kerja. Tak boleh buat kerja, lebib baik jangan jadi kerajaan,” kenyataan Guan Eng dipetik.

Teganukita

No comments:

Post a Comment