Ini tandas di Pulau Panyee, bersih dan cantik
*****
Sesuatu yang kita dapat nafikan, tandas di Thailand didapati amat memuaskan kebersihannya, walaupun ramai yang kurang selesa dengan reka bentuk mangkuknya.Kita lihat suatu transformasi sikap telah dijalankan kepada rakyat negara itu dari segi menjaga kebersihan tandas.
Penulis baru-baru ini melawat beberapa tempat di Thailand dari Pekan Golok sehinggalah ke Pattani, Hatyai, Krabi dan Pulau Panyee di Lautan Andaman.
Kebersihan tandas di Pulau Panyee, walaupun penduduknya hanya lebih kurang 2,000 orang.
Namun ia menjadi tempat kunjungan pelancong, khususnya yang beragama Islam kerana umat Islam yang mendiami pulau tersebut dan minuman keras dilarang sama sekali.
Semasa Tsunami 2005, pulau peranginan ini selamat.
Pulau Panyee atau Panji di Laut Andaman yang penulis sempat singgah dan kagum melihat kebersihan dan keindahan tandasnya
*****
Thailand turut melantik duta tandas termasuk dari kalangan selebriti popular tempatan selain mewujudkan kelab tandas gembira di setiap sekolah kerajaan.
Bayangkan negara itu mewujudkan perisik tandas awam yang mengintip kebersihan bilik air tersebut malah insentif pengecualian cukai kepada premis yang menjaga tandas mereka.
Hasilnya amat baik dan kawasan yang bersih mencatatkan kehadiran pelancong naik lebih 50 peratus bahkan banyak premis bisnes merekodkan keuntungan 20 peratus.
Hakikatnya kejayaan Thailand dalam mendidik minda rakyatnya menghargai tandas awam wajar dijadikan pengajaran kepada masyarakat kita.
Terengganu sedang bergerak ke arah itu melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Teganukita
No comments:
Post a Comment