Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata konsep yang akan digunakan lebih menjurus kepada mendidik golongan belia di Terengganu.
“Saya telah maklumkan kepada Maidam agar mengambil tindakan yang menjurus kepada mendidik bukannya menghukum.
“Golongan belia merupakan aset negara yang perlu kita beri tunjuk ajar dan mereka perlu dibimbing serta diberi nasihat agar tidak terjerumus dalam masalah sosial,” katanya.
Beliau ditemui ketika Majlis Penghargaan Skuad Sukarelawan Permata TTB di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir, semalam.
Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengarah Yayasan Terengganu Mohammad Sulong dan Yang Dipertua Permata, Rashdam Amirul Ashraf Roslan.
Ujar Ahmad Razif, dalam mendidik pesalah tersebut khususnya remaja penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan bukanlah bersifat untuk menghukum.
“Mereka yang bersalah ini mungkin kita akan berikan kaunseling serta nasihat ataupun diajak menyertai khidmat masyarakat seperti membantu di rumah orang-orang tua,” katanya.
Ahmad Razif turut berkata, melalui perjumpaan dengan pesalah tersebut, pihak kerajaan akan mendengar hujah yang mereka ingin sampaikan.
“Salah satu konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) adalah inklusif dimana suara rakyat merupakan suara keramat.
“Jadi kita akan dengar apa yang ingin disampaikan oleh mereka dan dari situlah kita bakal laksanakan penguatkuasaan yang efisien,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment