Páginas

Wednesday 25 February 2015

Tiga Mantan Menteri Besar Bersetuju Duduk Semeja Dalam Forum

AUTHOR: SURIATI ALI | 24 FEBRUARY 2015 

Ahmad Razif menandatangani buku rekod tetamu sebaik tiba di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, bagi menjayakan Program Turun Padang. Foto Harish Fadzilah
*****
Tiga mantan Menteri Besar Terengganu menyatakan persetujuaan untuk duduk semeja di satu majlis forum bagi bertujuan menjelaskan inspirasi dan pandangan mereka dalam membangunkan Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan menjadi moderator pada majlis itu yang dijangka berlangsung selepas tempoh setahun beliau menjadi Menteri Besar pada 12 Mei nanti.


“Pandangan tiga Mantan Menteri Besar iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (1974-1999), Dato’ Seri Idris Jusoh (2004-2008) dan Dato’ Seri Ahmad Said (2008-2014) juga akan membantu menjayakan Tranformasi Terengganu Baharu yang bersandarkan kepada lapan prinsip utama.

“Pandangan dan idea ketiga-tiga tokoh berjasa perlu diambil kira pelbagai aspek, terutama berkaitan pembangunan, pendidikan dan pelancongan,” katanya.1

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum memulakan Program Turun Padang, di Wisma Persekutuan, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.

Ahmad Razif turut memberitahu kerajaan negeri akan memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi penjawat awam yang bertugas di Wisma Persekutuan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, dia dimaklumkan masalah cukup ketara berkaitan kekurangan ruang bagi menempatkan beberapa jabatan kerajaan berkaitan di bangunan itu, selain masalah parkir.

“Kerajaan negeri akan bina tempat letak kereta secara bertingkat, sekiranya mempunyai kawasan bersesuaian,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment