Páginas

Tuesday 3 February 2015

Perjumpaan Mesra Pemuda Jertih

 

2 Februari 2015 - Haji Muhammad Pehimi selaku Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Jertih telah mengadakan perjumpaan mesra dengan Ketua-ketua Cawangan Pergerakan Pemuda UMNO dalam DUN Jertih di sebuah restoran di Bandar Jertih.

Dalam perjumpaan itu Haji Pehimi memberi penekanan kepada ketua-ketua pemuda cawangan supaya mengerakan jentera di peringkat cawangan. Penyelaras Pemuda DUN akan membantu cawangan-cawangan pemuda mengerakkan aktiviti dan program. 

Haji Pehimi selaku ADUN Jertih juga memaklumkan satu program besar akan dilancarkan akhir Februari ini ialah Skuad Permotoran Jertih (SBJ) dan awal Mac satu aktiviti bagi skuad ini diadakan.

Sebelum itu, Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Jertih Tuan Soh Tuan Maktar memberitahu bahawa Pemuda DUN Jertih sering terlibat dalam program yang diadakan oleh Penyelaras DUN, Pemuda Bahagian dan sebagainya. Skuad Sukarelawan membantu mangsa banjir juga banyak dibantu oleh pemuda dari DUN Jertih.

Hadir sama Saudara Azizul Jasmi Mohamad - Ketua Pemuda Bahagian.

wanaziz

No comments:

Post a Comment