Páginas

Sunday, 22 February 2015

Silibus Khas Untuk Skuad Permata TTB

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 21 FEBRUARY 2015


Skuad Sukarelawan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) TTB akan dilatih serta diberi kemahiran menyelamat bagi membuat persedian awal menghadapi bencana.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mereka akan terus dibimbing walaupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT).


“Saya telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato’ Rozi Mamat bagi membuat satu silibus khas kemahiran.

“Selepas pada ini mereka akan dilibatkan dengan latihan-latihan yang perlu kita beri terutamanya dalam kemahiran menyelamat,” katanya.

Beliau ditemui ketika Majlis penghargaan Skuad Sukarelawan Permata TTB di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir, semalam.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengarah Yayasan Terengganu Mohammad Sulong dan Yang Dipertua Permata, Rashdam Amirul Ashraf Roslan.

Tambahnya, pihak kerajaan buat masa sekarang sedang memikirkan cara bagi mewujudkan dana khusus khas untuk sukarelawan itu.

“Dengan dana ini ianya dapat digunakan untuk membantu menggerakkan gerak kerja sukarelawan ini.

“Mungkin selepas ini kita akan mewujudkan satu komiti khas di peringkat IPT untuk mereka merancang sendiri program-program yang perlu dijalankan,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment