Páginas

Wednesday 18 February 2015

Pesara Kerajaan Kematian Denggi Pertama Tahun Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN  | 18 FEBRUARY 2015


Haji Pehimi menyampaikan cenderamata semasa melancar OPS Tahun Baru Cina di Kuala Terengganu.
*****
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata seorang pesara kerajaan berusia 61 tahun merupakan mangsa pertama Terengganu yang meninggal dunia akibat demam denggi setakat ini tahun ini.

Beliau berkata, mangsa meninggal Ahad lalu.


“Dia dikatakan mendapat demam denggi selepas pulang daripada rumah saudaranya di Kuantan, Pahang sebelum dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah pada Khamis minggu lalu.

“Dua kes kematian akibat demam denggi dilapor di Terengganu tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Selamat di hadapan Plaza Padang Negara di Kuala Terengganu, semalam.

Teganukita

No comments:

Post a Comment