Berita mengenai 'Mak Munah' di Sinar Harian hari ini.
*****
4 Februari 2015 - Warga emas yang terlantar sakit di Felda Tenang, Hulu Besut akhirnya bersetuju mendapat rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahira (HSNZ), Kuala Terengganu selepas menerima kunjungan Haji Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terenggau.Haji Pehimi yang berkunjung ke rumah warga emas yang mesra dengan panggilan Mak Munah angkur dengan pujukan dan nasihat Haji Pehimi.
Ambulan JPAM Besut digunakan membawa Mak Munah pada petang itu juga. Sebelum itu Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar meminta pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pasir Akar kerumah Mak Munah bagi membuat pemeriksaan.
Pengerusi Pertanian dan Indistri Asas Tani, Haji Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut sehari sebelum itu telah hadir bersama-sama jawatankuasa penyelaras DUN serta Atra Hulu Besut mengadakan gotong-royong membina sebuah tandas dan menyumbang katil serta tilam kepada Mak Munah.
Haji Pehimi, anggota JPAM Besut serta orang ramai membantu Mak Munah untuk di bawa ke hospital.
No comments:
Post a Comment