Páginas

Sunday 29 March 2015

Ada Ketua Jabatan Tidak Jujur, Bocor Maklumat Sulit Kerajaan – Dato’ SUK

AUTHOR: SURIATI ALI | 24 MARCH 2015


Penjawat awam di negeri ini diingatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan WhatsApp sebagai ruang menghasut atau memburukkan pentadbiran negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Osman Muda, berkata dia mengakui ada segelintir penjawat awam di negeri ini, lancang memburukkan agenda dan program yang dirancang kerajaan melalui media sosial.


Katanya, apa yang menyedihkan, ketua jabatan langsung tidak mempedulikan perihal itu walaupun secara jelas boleh memburukkan imej jabatan, kerajaan dan Terengganu .

“Terdapat ketua-ketua jabatan hanya memejamkan mata seolah-olah tidak berlaku sebarang kesalahan.

“Lebih malang apabila ketua jabatan itu sendiri yang membocorkan maklumat-maklumat sulit kepada pihak-pihak tidak sepatutnya,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan Bersama Kepimpinan Negeri, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Osman turut memberitahu, kita sebagai penjawat awam seharusnya memegang prinsip `kerahsiaan’ dengan penuh teguh dan tidak sesekali mudah digoyah.

“Jatuh bangun sesebuah kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang amanah, bijaksana dan setia pada kepimpinan.

“Malangnya, kerana fahaman politik, kita lupa tanggungjawab yang harus kita ambil dalam menangani isu-isu seumpama ini,” katanya.

Teganu kita

No comments:

Post a Comment