Páginas

Tuesday, 17 March 2015

Landskap Moden, Taman Bercahaya Ganti Perhentian Teksi Lama

AUTHOR: SURIATI ALI | 16 MARCH 2015


Pembinaan landskap berkonsepkan ‘Taman Bercahaya’ di pusat bandar raya membabitkan peruntukan kira-kira RM400,000 yang dibina di atas tapak perhentian teksi lama kini hampir 50 peratus siap dibangunkan.

Projek yang diselia Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan dijangka siap akhir April ini, turut mempunyai 112 lot tempat letak kenderaan dan restoran moden.


Pengurus Besar PMINT, M. Harith Hassan berkata projek yang mula dibina awal Februari lalu, dilengkapi lampu limpah dan dihiasi dengan lampu neon serta mempunyai pokok bercahaya.

Katanya, keadaan itu mampu menceriakan suasana malam pusat Bandar Raya Kuala Terengganu, terutama di PB Square yang mula beroperasi Disember tahun lalu..

“Restoran terbuka berkonsepkan moden akan dibina berdekatan kemudahan itu sebagai langkah menarik minat orang ramai, menjamu selera sambil beristiherat.

“Apabila siap projek itu kelak, lorong susur ke Jalan Banggol akan ditutup kepada lalu lintas bagi mengelak berlakunya kesesakan,” katanya kepada teganukita.

Teganukita

No comments:

Post a Comment