Páginas

Monday 23 March 2015

PDM Kubang Bemban Juara Bolasepak 9 Sebelah Piala ADUN Jertih

Haji Pehimi bergambar bersama pengurus pasukan dan pemain dari team PDM Kubang Bemban selepas menyampai piala kejohanan.
*****
21 Mac 2015 (Sabtu) - Team PDM Mukim Kubang Bemban mengulangi kejayaan tahun 2014 apabila sekali lagi menjadi juara selepas menewaskan team PDM Bukit Kenak, 2 - 1, merebut Piala ADUN Jertih 2015.

Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah anjuran Penyelaras Pemuda UMNO DUN Jertih berlansung selama 2 hari iaitu 20 dan 21 Mac 2015 bertempat di Padang Astaka Jertih. Haji Pehimi selaku ADUN Jertih meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah serta piala kepada pasukan yang mengambil bahagian.


Menurut Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Jertih, Tuan Soh Tuan Maktar, "sebanyak 18 team mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Antaranya 1. Cabang Tiga B, 2. Paroh, 3. Padang Tapong, 4. Tok Raja, 5. Padang Luas, 6. Alur Lintah, 7. Kubang Bemban, 8. Padang Luas Dalam, 9. Bukit Kenak B, 10. Tok Raja, 11. Bukit Kenak A, 12. Cabang Tiga A, 13. Pulau Berangan, 14. Tok Motong, 15. Gong Nering, 16. Padang Landak, 17. Balik Bukit 18. Bandar Jertih.".

 Haji Pehimi bersama Anuar Mahmud (pengerusi PDM Kubang Bemban), Haji Zulaini (Pengurus Pasukan) dan Ketua Team PDM Kubang Bemban menjulang piala.

Kegembiraan jelas terbayang kepada pasukan PDM Kubang Bemban.

No comments:

Post a Comment