Páginas

Sunday 8 March 2015

Dato' Seri Idris Jusoh mengajak ahli UMNO hayati Rukun Negara

6 Mac 2015 (Rabu) - Jertih, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II mengajak ahli-ahli UMNO menghayati kembali prinsip-prinsip yang terkandung dalam 5 Rukun Negara bagi menanam semangat "Soladariti Malaysia" semasa berucap dalam Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-Cawangan DUN Hulu Besut dan Jertih 2015 di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, Jertih.

Hadir sama Haji Nawi bin Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Besut), Haji Muhammad Pehimi Yusof (Setiausaha UMNO Bahagian Besut), YM. Engku Hajah Naimah Engku Taib (Ketua Wanita), Sdr. Azizul Jasmi Mohamad (Ketua Pemuda) dan Sdri. Erniysalwanie Saidi (Ketua Puteri).

 Dato' Seri Idris bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Besut menyanyikan lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat bersama hadirin.
 Antara Jawatankuasa Bahagian yang hadir sama.
 Kepimpinan Wanita Bahagian dan ahli-ahli wanita sentiasa memenuhi dewan.
 Dato' Seri Idris sempat berselfie bersama Ketua-ketua sayap.
 Sambutan bunga manggar dan paluan rebana ubi untuk Dato' Seri Idris.
Atra DUN Jertih mendaftar wakil cawangan-cawangan yang hadir.

wan aziz wan idris

No comments:

Post a Comment