Páginas

Thursday 26 March 2015

Qari Marang Buka Tirai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 25 MARCH 2015

Astaka Tilawah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1436H/2015M  di Stadium Mini Sungai Tarom, Setiu.
*****
Lima dari 15 peserta memperdengarkan bacaan mereka dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1436H/2015M pada malam pertama yang berlangsung di Stadium Mini Sungai Tarom, Setiu, malam tadi.

Qari dari Marang, Ramli Awang Teh menjadi peserta pertama yang memperdengarkan bacaan, diikuti Fatimah Embong (Qariah Kuala Terengganu), Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Qari Kuala Terengganu), Nur Jannah Abdul Rahman (Qariah Kuala Terengganu), dan Yahya Ali (Qari Kuala Terengganu).


Majlis kali ke-58 yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh.


Osman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis tersebut berkata, pemilihan peserta bagi pertandingan masih menggunakan konsep yang diguna pakai pada tahun lepas.

“Pemilihan peserta bagi pertandingan ini berdasarkan markah keseluruhan pada peringkat daerah.

“Pemenang akan mewakili negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan selain membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000,” katanya kepada teganukita.

Majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah akan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Khamis ini.

Teganukita

No comments:

Post a Comment