Páginas

Monday, 2 March 2015

MB Sertai Majlis Tahlil Arwah Bapa ADUN Kota Putera

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK | 1 MARCH 2015 


Kesibukan menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan negeri tidak menghalang Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, meluangkan masa untuk menyertai majlis tahlil Allahyarham bapa ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa hari ini.

Ayahnya, Musa Ngah, 75 meninggal duniapada 24 Februari lalu akibat sakit paru-paru dan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Seberang Kastam, dekat Jertih.


Bagaimanapun, ketika itu Menteri Besar tidak dapat hadir ziarah Allahyarham kerana ada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kuala Lumpur.

Kehadiran Menteri Besar, ke rumah arwah ditemani isterinya serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar.

Ketibaan Ahmad Razif disambut oleh Mohd Mahdi serta isteri dan ahli keluarga terdekat. Hadir sama ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman,

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah serta pegawai-pegawai kanan di daerah Besut.

Menteri Besar kemudian menyertai majlis tahlil yang dipimpin oleh Setiausaha Politiknya, Ustaz Rusdi Muda bersama tetamu jemputan lain.

Mohd Mahdi mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria yang sempat meluangkan sedikit waktu untuk menziarah dan mengadakan majlis tahlil secara sederhana sempena kunjungan beliau ke rumah arwah bapanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment