Páginas

Sunday, 1 March 2015

Najib garis tujuh amanat untuk bangsa Melayu maju

NAJIB beramah mesra dengan sebahagian daripada 50,000 orang ramai yang hadir pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi.
*****
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh ama-nat utama sebagai panduan untuk bangsa Melayu melangkah maju pada abad ke-21 serta menjadi kuat, hebat dan bermaruah.

Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka.


Amanat lain yang ditekankan beliau malam tadi ialah menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya, mempertahankan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu, menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana, menjaga nilai-nilai murni dan menjaga institusi keluarga.

Najib menegaskan, jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka muncul sebagai bangsa yang dihormati semua kaum dan dunia serta mampu menjadi bangsa berdikari.

"Amanat ini bagi mewakili semua pemimpin Melayu dan hendaklah dijadikan peringatan kekal dan ia juga ingatan untuk kita semua.

"Selagi ada bulan dan bintang serta selagi darah Melayu mengalir di tubuh kita, amanat ini menjadi wadah dan maslahah umat ini dan kita akan terus perjuangkan sampai bila-bila," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Perpaduan Melayu di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi.Biro Tatanegara.

Kosmo Online

No comments:

Post a Comment