Páginas

Sunday 15 March 2015

Hampir 15,000 Banjiri Perasmian Karnival TTB

AUTHOR: SURIATI ALI | 14 MARCH 2015


Hampir 15,000 orang membanjiri Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus sempena perasmian Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman malam tadi.


Pada perasmian itu, Ahmad Razif turut melancarkan logo dan lagu khas TTB iaitu konsep yang diilhamkan beliau dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang lebih kompetitif dan berdaya saing seiring dengan perkembangan semasa.

Ahmad Razif berulang kali menekankan lapan prinsip dalam TTB yang menjadi pegangan kerajaan negeri iaitu inklusif (suara rakyat, suara keramat), masjid dan surau sebagai sumber penyatuan; keluarga bahagia, rakyat sejahtera;  integriti bersih dalaman dan luaran, mesra tapi tegas, disiplin kerja yang tinggi serta seruan perpaduan dan memperkasa pendidikan adalah amat penting dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri akan memastikan bahawa prinsip-prinsip ini sentiasa diguna pakai pada setiap masa.

“Sehubungan itu, ingin saya umumkan bahawa, karnival TTB ini akan diadakan secara siri jelajah ke seluruh daerah selepas ini bagi membolehkan rakyat mengambil manfaat dan faedah serta dapat mengenali prinsip dan konsep TTB dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Majlis perasmian itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan pelawak tersohor tanah air, Sepahtu

Pelbagai pameran dan perkhidmatan kaunter pusat sehenti oleh beberapa agensi kerajaan, karnival yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini itu juga diserikan dengan beberapa aktiviti sampingan termasuk sesi ceramah, senamrobik serta pertandingan untuk pelbagai peringkat umur.

Turut diadakan ialah beberapa program penyerahan bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), demonstrasi masakan serta cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir.

Dalam pada itu, Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri akan terus mengiktiraf peranan yang dimainka oleh skuad sukarelawan TTB.

“Skuad sukarelawan itu akan terus diperkasakan pada masa depan bagi membantu menangani pelbagai misi kemanusiaan selain banjir,”katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment