Páginas

Wednesday, 11 March 2015

Pelancaran Skuad Sukarelawan TTB

AUTHOR: NORAINI JUSOH 10 MARCH 2015 


Pelancaran Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) peringkat negeri akan diadakan pada 13 Mac ini sempena Karnival TTB yang berlangsung di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan menyempurnakan majlis pelancaran itu.


Pengerusi Penyelaras Karnival TTB, Che Mansor Che Kerma berkata, para belia yang menganggotai skuad tersebut sebelum ini banyak melakukan kerja-kerja amal termasuk turut serta dalam menjayakan misi kemanusian banjir di Machang, Dabong (Kelantan) serta Pekan dan Temerloh (Pahang), baru-baru ini.

“Berikutan kesedaran yang tinggi di kalangan anak muda selepas melihat penderitaan ramai mangsa banjir, kini keahlian Skuad Sukarelawan TTB bertambah dengan mendadak sehingga mencecah 10,000 orang,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, program Perkhemahan Skuad Sukarelawan (SS-TTB) juga akan berlangsung selama dua hari bermula hari yang sama.

“Para peserta akan mengikuti beberapa bengkel yang akan dikendalikan pasukan beruniform termasuk oleh Rejimen Askar Melayu DiRaja, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba Negeri Terengganu serta Pasukan RELA,” ujarnya.

Menurut Che Mansor yang juga merangkap Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Karnival TTB berlangsung selama tiga hari bermula 12 Mac di Kampung Baru Seberang Takir akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah servis motosikal percuma, pameran motosikal dan kereta, karnival kerjaya, Forum Perdana Ehwal Islam, pertandingan memasak dan demontrasi silat.

Teganukita

No comments:

Post a Comment