Páginas

Monday, 2 March 2015

Stadium Sultan Mizan Boleh Diguna April Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN | 2 MARCH 2015 


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sepatutnya boleh digunakan Februari 2015 tidak dapat disempurnakan disebabkan kerja-kerja baik pulih tergendala disebabkan musim tengkujuh akhir tahun lalu.


Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dato’ Shafii Mohamad berkata walau demikian, pihak JKR menjangkakan selewat-lewatnya penghujung April 2015, stadium tersebut boleh digunakan sepenuhnya untuk perlawanan bola sepak.

“Bagi perlawanan bola sepak pada siang hari, stadium ini boleh digunakan bermula awal April manakala pada penghujung April pihak kami akan serahkan kepada pihak pengurusan stadium (Kompleks Sukan Negeri Terengganu) untuk menggunakan stadium pada waktu malam apabila pemasangan lampu limpah siap dipasang.


“Berkemungkinan pada pertengahan April ini, pemasangan lampu limpah boleh disiapkan tetapi kita perlu menunggu kelulusan akhir dari pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari segi kecerahan lampu tersebut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melawat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, hari ini.

Shafii berkata, kerja baik pulih stadium tersebut melibatkan 16 kontraktor.

“Kita masih menggunakan barang-barang yang masih dalam keadaan baik, tetapi ada yang kita tukarkan jika kos untuk membaiki lebih mahal daripada harga membeli barang baru terutamanya bahan mekanikal serta elektrikal kerana telah ditinggalkan terlalu lama,” ujarnya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment