Kemuncak... Haji Pehimi bersama pemenang cabutan nombor bertuah dengan hadiah menarik berjaya dibawa pulang oleh sukarelawan yang hadir.
*****
28 Mac 2015 (Jumaat) - Sebagai menghargai jasa dan sumbangan bakti para sukarelawan yang menabur bakti kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu akhir tahun lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof berjaya meraikan sukarelawan ini di "Malam Aprisiasi Sukarelawan TTB DUN Jerteh" bertempat di Dataran Sungai Jertih.Majlis yang diadakan sekitar jam 9.30 malam diserikan dengan pertunjukan Dikir Puteri oleh Rela Daerah Besut dihadiri oleh Rela, PDRM, JPAM, Bomba serta NGO seperti Belantara, Skuad Permotoran Jertih (SPJ), Skuad Sukarelawan Pemuda UMNO serta orang perseorangan yang sama-sama menghulur bakti semasa membantu mangsa banjir baru-baru ini.
Atra DUN Jertih serta staf pejabat Pusat Khidmat turut serta membantu menjayakan majlis penghargaan ini yang dimeriahkan dengan jamuan makan malam dengan kambing bakar serta cabutan nombor bertuah.
Persembahan dikir oleh pasukan Dikir Puteri RELA daerah Besut.
Antara dif dan jemputan yang hadir.
Puteri dan Pemuda UMNO Besut membuka kaunter untuk pendaftaran ahli baru.
Haji Pehimi bersama Ketua Polis Trafik Besut membuat cabutan bertuah.
hwa
No comments:
Post a Comment