Páginas

Monday 2 March 2015

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Besut 3 Mac

AUTHOR: MOHAMAD ISHAK | 2 MARCH 2015 

3 Mac 2015 (Selasa)| 9.00 Malam | Dataran Kompleks Imtiaz Besut, Bukit Keluang.
*****
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Besut malam esok dijangka meriah dan mampu menarik perhatian ramai masyarakat Islam daerah itu kerana lokasi majlis yang dianggap cantik dan sesuai untuk program berkenaan.


Dataran Komplek Imtiaz Besut dijadikan lokasi majlis berkenaan disifatkan paling menarik dengan suasana aman dan pemandangan persekitaran menarik yang berlatar belakangkan bangunan Imtiaz bercirikan senibina Islam.

Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, segala persiapan sudah diatur untuk penganjuran majlis tersebut membabitkan pelbagai pihak.

“Persekitaran bangunan Imtiaz yang menampilkan ciri-ciri binaan berkonsepkan Islam dan menyerupai Taj Mahal itu dipilih penganjur kerana ia lokasi terbaik,” katanya.

Katanya, majlis yang akan dirasmikan oleh oleh Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut itu dijangka dihadiri lebih 2,000 penduduk khasnya umat Islam sekitar daerah Besut.

Beliau berkata, enam peserta tiga qari dan tiga qariah akan mengambil bahagian dalam tiliwah berkenaan bagi memilih peserta untuk mewakili daerah itu ke majlis tilawah peringkat negeri tidak lama lagi.

A Rahim berkata, orang ramai yang berkunjung ke majlis berkenaan juga berpeluang membawa pulang pelbagai barangan elektrik menerusi cabutan bertuah.

Teganukita

No comments:

Post a Comment