Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebanyak 50 unit RMM Kampung Batin, Seberang Takir disediakan kepada golongan itu dengan hanya RM20,00o seunit berbanding harga sebenar RM68,000 seunit
“Harga bagi sebuah rumah ini sekarang RM68,000. Bagaimanapun, setelah berbincang dengan pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju memberi subsidi sebanyak RM30,000 manakala pihak kerajaan menambah lagi subsidi sejumlah RM18,000 menjadikan harga bagi rumah tersebut RM20,000 sahaja,
“Nilai rumah yang sangat jauh lebih rendah berbanding harga asal itu bagi memastikan golongan berpendapatan rendah terus mendapat pembelaan bagi memiliki kediaman sendiri,”katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih Warga Kemas Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria, Pengarah Kemas Terengganu, Dr Faridah Mat dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.
Tambahnya, pihak MAIDAM akan membuat pemilihan pemohon yang layak mengikut data yang diperolehi.
“Mereka yang dipilih adalah dari saluran yang betul dan pihak kerajaan tidak akan berkompromi kerana golongan ini juga layak untuk hidup selesa seperti orang lain. Kadar bayaran yang dikenakan setiap bulan hanya RM50,” katanya.
Pada majlis yang sama, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan sebanyak 100 buah komputer riba dan 100 buah pencetak kepada Kemas Terengganu.
Teganukita
No comments:
Post a Comment