Páginas

Tuesday, 10 March 2015

Idris Sambut Baik Forum Bersama 3 Bekas MB Terengganu

AUTHOR: FAUZI MOHD | 8 MARCH 2015

DATUK SERI IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyambut baik usaha kerajaan negeri yang diterajui Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman untuk mengadakan forum membabitkan tiga bekas Menteri Besar negeri ini.

Forum yang bertujuan menjelaskan inspirasi dan pandangan mereka dalam membangunkan Terengganu akan dikendalikan oleh Ahmad Razif sendiri yang dijangka berlangsung selepas tempoh setahun beliau menjadi Menteri Besar pada 12 Mei nanti.


Idris yang juga merupakan bekas Menteri Besar dari tahun 2004 hingga 2008 berkata forum itu penting bukan sahaja mengukuhkan perpaduan dalam kalangan Melayu di Terengganu, malah ia boleh membantu menguatkan lagi pentadbiran Menteri Besar kini di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), lapor Bernama.

“Kami akan bantu menerusi pandangan dan idea dalam usaha melestarikan rakyat dan membantu Menteri Besar sekarang dalam menjayakan Transformasi Terengganu Baharu yang bersandarkan kepada lapan prinsip utama,” katanya.

Selain Idris, dua lagi tokoh berjasa yang turut akan duduk semeja dalam forum itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (1974-1999) dan Dato’ Seri Ahmad Said (2008-2014).

Teganukita

No comments:

Post a Comment