Páginas

Tuesday 31 March 2015

Forum Bimbangan Lestari ‘Bijak Pilih U’ Lepasan SPM Sabtu Ini

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 30 MARCH 2015


Yayasan Terengganu bakal menganjurkan Forum Bimbangan Lestari ‘Bijak Pilih U’ Lepasan SPM 2014 pada 4 April ini bertempat di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.

Pengarahnya, Mohamad Sulong berkata program itu bakal memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM 2014 untuk memilih tempat yang sesuai untuk melanjutkan pembelajaran mereka.


“Menurut sumber dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) terdapat seramai sekurang-kurangnya 710 pelajar yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2014.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasa SPM 2014 mendapatkan sumber bantuan alternatif dari sudut penajaan mahupun saluran khas lain untuk mengikuti pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT),” katanya kepada teganukita.

Tambahnya, program tersebut adalah kesinambungan dan transformasi dari siri Program Titian Bestari yang dianjurkan oleh Bahagian Tajaan Yayasan Terengganu beberapa tahun sebelum ini.

“Selain memberi bimbingan lebih komprehensif kepada lepasan SPM 2014 yang memperoleh keputusan cemerlang untuk memilih bidang kursus di mana-mana IPT bersesuian samada dalam atau luar negara, program ini juga dijalankan bagi memberi nasihat tentang prospek kerjaya mengikut keperluan semasa negara,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment