Páginas

Thursday 26 March 2015

UKOM Mengorak Langkah Menyebar Luas Konsep TTB

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN | 25 MARCH 2015


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengorak langkah menyampaikan penerangan mengenai Transformasi Terengganu Baharu (TTB) kepada agensi-agensi kerajaan di negeri ini.

Lokasi pertama yang berjaya disempurnakan ialah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu.


Pengarahnya, Che Mansor Che Kerma, berkata pihaknya akan memperkasakan lagi program berhubung dengan gagasan pentadbiran yang terkandung dalam TTB secara efektif.

Sehubungan dengan itu katanya,  kerjasama dengan agensi yang bernaung di bawah Kerajaan Pusat mahupun negeri amat dialu-alukan demi menghasilkan penyampaian maklumat secara berkualiti dan berhemah.

“UKOM bersedia berkolaborasi dengan mana-mana agensi dan jabatan kerajaan negeri serta Pusat dengan mempunyai dua misi secara tersirat iaitu penyampaian maklumat mengenai TTB dan agensi terbabit boleh menyampaikan informasi mengenai peranan dan fungsi mereka kepada kumpulan sasar.

“Pada masa yang sama, kita juga akan melatih pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya dapat menjadi penceramah yang berkebolehan dan mampu menyampaikan informasi mengenai misi, visi serta hala tuju mahupun dasar kerajaan dengan berkesan dan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus menyampaikan taklimat TTB di Pejabat JPJ negeri, Bukit kecil, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Terengganu, Razali Omar serta 60 pegawai dan kakitangan JPJ Terengganu.

Teganukita

No comments:

Post a Comment