Páginas

Tuesday 24 March 2015

Malam Aprisiasi Sukarelawan TTB DUN Jertih

Urusetia sedang memasang sepanduk mengalu-alukan kehadiran sukarelawan di tapak program yang akan diadakan.
*****
24 Mac 2015 (Selasa) - Bagi menghargai jasa-jasa sukarelawan yang menabur khidmat bakti khasnya semasa banjir besar Disember 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Haji Muhammad Pehimi Yusof bersetuju mengadakan satu majlis penghargaan kepada mereka pada 28 Mac 2015 ini bertempat di Dataran Jertih (Dataran JPS) berhadapan dengan Masjid Hadhari Jertih.


Majlis yang akan bermula jam 9.30 malam akan diserikan dengan persembahan, tayangan gambar-gambar sukarelawan bertugas membantu mangsa banjir, ucapan penghargaan oleh ADUN Jertih, cabutan nombor bertuah. Makan malam ala BBQ dengan menu istimewa kambing bakar disediakan kepada tetamu.

Antara sukarelawan yang diraikan ialah sukarelawan Pemuda UMNO, Atra DUN Jertih, RELA, Bomba, JPAM, PDRM/Amanita, NGO seperti Belantara dan lain-lain yang terlibat.

Hadiah istimewa menanti pengunjung dalam dalam acaran kemuncak cabutan bertuah.

No comments:

Post a Comment