Mohamad Sulong
*****
Yayasan Terengganu menawarkan diskaun 20 peratus kepada peminjamnya yang menjelaskan kesemua baki pinjaman dalam tempoh setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.Pengarahnya Mohamad Sulong dalam satu kenyataan berkata, tawaran tersebut dibuat bagi meringankan beban bayaran balik serta sebagai insentif kepada peminjam yang berjaya menjelaskan kesemua baki pinjaman.
Katanya cara pembayaran boleh dibuat melalui pengiriman cek berpalang, wang pos atau dengan bank draft yang dibuat atas nama “YAYASAN TERENGGANU”.
“Peminjam juga boleh melakukan pembayaran melalui Bank Simpanan Nasional atau melalui kaunter Pejabat Pos atau secara atas talian, manakala bayaran tunai atau cek hanya boleh dibuat di kaunter Yayasan Terengganu pada waktu pejabat,” katanya.
Beliau berkata pinjaman melebihi RM3,000 diberikan rebat antara 10 hingga 18 peratus daripada jumlah pinjaman jika menjelaskan pinjaman dalam tempoh satu hingga empat tahun.
Katanya mereka yang berjaya menyelesaikan pinjaman dalam tempoh 1 tahun diberikan rebat 18 peratus, 2 tahun (15 peratus), 3 tahun (12 peratus) dan dalam tempoh 4 tahun (10 peratus).
Manakala itu bagi pinjaman bernilai RM3,000 dan ke bawah diberikan potongan 10 peratus jika peminjam berjaya menyelesaikannya dalam tempoh dua tahun.
Mohamad bagaimanapun memberitahu peminjam yang gagal, diberhentikan atau menolak pinjaman pendahuluan dan juga bagi mereka yang tidak bekerja, tiada penangguhan bagi pembayaran balik pinjaman.
Katanya bagi mendapatkan keterangan lanjut peminjaman boleh menghubungi Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu di talian 09-6221733.
Teganukita
No comments:
Post a Comment