Páginas

Monday 30 March 2015

Kuala Terengganu Terpilih Jayakan Program Transformasi Perkhidmatan Bas

AUTHOR: PENGARANG | 26 MARCH 2015 


Kerajaan menyediakan RM100 juta sebagai dana permulaan bagi menjayakan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di lima kawasan terpilih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Menurutnya kawasan terlibat ialah Seremban, Kangar, Kuching, Ipoh dan Kuala Terengganu yang bermula tahun ini.


“Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif transformasi untuk perkhidmatan bas henti-henti ini bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang baik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, lapor Bernama.

Menurut Nancy dua polisi dirangka untuk program itu adalah pelaksanaan rangkaian bas henti-henti berdasarkan penawaran dan model penghantaran kos kasar bagi penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah kewangan yang dihadapi bas henti-henti.

“Rangkaian bas berhenti-henti berdasarkan penawaran ini akan mengatasi masalah kekurangan liputan dan kesalinghubungan di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Beliau berkata melalui pelaksanakan model penghantaran kos kasar, pengusaha atau operator akan dapat menawarkan perkhidmatan dalam rangkaian tanpa perlu gusar tentang kemampuan operasi mereka.

“Melalui skim ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bertanggungjawab terhadap kos operasi bagi rangkaian bas ini, manakala operator hanya perlu memastikan perkhidmatan disediakan dalam kawasan rangkaian mengikut kekerapan dan terma-terma yang ditetapkan dalam kontrak,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment