Páginas

Saturday 11 June 2016

100 Menerima Zakat Daripada ADUN Jerteh

Oleh: Wan Aziz Wan Idris
Dato' Pehimi bertanya khabar kepada pelajar yang menerima zakat
*****
Jerteh 10 Jun - Seramai 100 menerima zakat daripada Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusif - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh terdiri pelajar-pelajar sekitar DUN Jerteh di Majlis Berbuka Puasa peringkat DUN Jerteh petang Khamis bertempat di perkarangan Pusat Khidmat di sini.



Dalam pada itu lebih 2000 penduduk dalam DUN ini berbuka puasa bersama-sama Dato' Pehimi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu.

Dalam ucapan ringkas beliau, Dato' Pehimi merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir di majlis berbuka puasa anjuran pusat khidmat masyarakatnya pada petang ini, beliau mengingatkan rakyat di DUN Jerteh terus bersyukur dan berjimat cermat di samping menjaga kesihatan sepanjang bulan puasa ini.






Turut hadir memeriahkan majlis berbuka ini Haji Mohd Mahdi Musa - ADUN Kota Putera, Dato' A. Rahim Jusoh - Pegawai Daerah Besut, Haji Zainal Abidin Mohamed - Yang Di Pertua Majlis Daerah Besut, SUPT Mohd Zamri - Ketua Polis Daerah Besut, Encik Che Ghani Sidek - Penolong Pengarah Kesihatan Negeri, Jawatankuasa UMNO Bahagian Besut dan Penghulu-Penghulu Mukim dalam DUN Jerteh.


Sebelum itu Dato' Pehimi melancarkan Kempen Keselamatan Makan dan Nafas Baru Bermula Ramadan 2016 Peringat Daerah Besut di Bazaar Ramadan Bandar Jerteh.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment