Páginas

Sunday 19 June 2016

PRK K. Kangsar : BN Yakin Tawan Taman Bunga Raya, Kata Din Adam

By Fauzi Mohd -  16 Jun 2016

Ketua Kontinjen Jentera BN Terengganu di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Din Adam yakin, BN akan memperolehi kemenangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bunga Raya pada pilihan raya kali ini.


Menurutnya, BN mempunyai potensi untuk menang berdasarkan angin perubahan yang ditunjukan pengundi, jentera kempen yang kuat serta perpecahan dalam pakatan pembangkang.

“Walaupun PDM Taman Bunga Raya, BN kalah dua kali berturut-turut dalam pilihan raya sebelum ini, kali ini saya lihat perubahan positif untuk kita menang.

“PRU 13 kita kalah majoriti 143 undi, PRU 12 kita kalah majoriti 30 undi. Insya-Allah kali ini kita boleh menang kerana jentera kita tidak leka dengan pergaduhan dalam pembangkang,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun kepada teganukita di Kuala Kangsar, Perak hari ini.

PDM Taman Bunga Raya merupakan ‘PDM angkat’ BN Terengganu bersama BN Padang Rengas.

Berdasarkan rekod terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), PDM Taman Bunga Raya mempunyai 1,377 pemilih berdaftar termasuk 812 pengundi Melayu yang akan membuang undi Sabtu ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment