Páginas

Sunday, 26 June 2016

UTC Mula Operasi Isnin Ini

By Noraini Jusoh -  23 Jun 2016


Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu yang terletak di Paya Bunga Square akan mula beroperasi Isnin ini.


Perbadanan Memajukan Ik­tisad Negeri Terengganu (P­MINT) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 30 agensi Persekutuan, negeri dan swasta ditempatkan di UTC tersebut.

“Antaranya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Klinik 1Malaysia, Jabatan Imigresen serta Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN).

“Majlis Amanah Rakyat (MARA), TEKUN Nasional, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Syarikat Air Terengganu (SATU), Pejabat Tanah & Galian, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan lain-lain agensi kerajaan negeri,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, waktu operasinya adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam dan dibuka setiap hari.

“Sehubungan itu, Majlis Soft Launching UTC Terengganu dijangka akan diadakan pada 28 Jun 2016 (Selasa) dan bakal disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman di Tingkat Bawah, Podium Perniagaan PB Square, Kuala Terengganu,” ujarnya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment