Páginas

Monday, 27 June 2016

Ujian di saat menyambut Aidilfitri

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

Keadaan rumah mangsa yang hangus terbakar sama sekali
*****
Jertih, 27 Jun (Rabu) - Satu keluarga di Kampung Tok Motong, Jertih terpaksa menyambut hari lebaran tak berapa lama lagi dengan ujian besar bila rumah didiami hangus dalam kebakaran semalam.

Mohd. Husin Ismail yang mempunyai 5 orang anak yang juga anggota RELA Besut redha dengan ujian ini.


Dalam kebakaran ini, melibatkan 2 buah motosikal. Lebih memeritkan lagi, isteri beliau yang berkerja mengambil upah menjahit baju, sebahagian besar tempahan pelangan juga hangus terbakar manakala peralatan seperti mesin jahit juga turut terbakar sama.


Encik Anuar Idris - Penghulu Mukim Pelagat, Ketua Penyelia ATRA DUN Jerteh serta Ketua Cawangan UMNO Tok Motong turut berada ditempat kejadian bagi membantu mangsa.

Dato' Haji Muhammad Pehemi Yusof dijangka menziarahi mangsa pada petang ini bagi membantu mangsa dengan segera supaya hari raya nanti boleh disambut dengan baik.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment