Páginas

Wednesday 22 June 2016

Lawatan Kerja PM ke Terengganu pada 29 Jun

Oleh: Wan Aziz Wan Idris

22 Jun, Jerteh - YAB. Dato' Seri Najid Tun Razak dan isteri akan melakukan lawatan kerja ke negeri Terengganu pada hari Rabu, 29 Jun nanti.


Perdana Menteri (PM) dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Nerus jam 4.45 petang, sejurus tiba PM akan ke Tapak Bazar Ramadan Gong Badak bagi acara 'Walkabout' bersama kepimpinan negeri Terengganu dengan rakyat di situ.

Jam 6.45 petang PM bersama Datin Seri Rosmah akan bersama rakyat di Masjid As Salam Batu Rakit bagi majlis berbuka puasa. Dalam majlis ini PM akan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan dana raya kepada Ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Terengganu.

Selepas solat Magrib, PM, isteri, Menteri Besar Terengganu serta saf kepimpinan negeri akan ke Masjid Al Mutaqim, Kg. Gemuruh untuk solat Isyak dan Terawih bersama penduduk Kampung Gemuruh dan sekitarnya.

Jam 10.00 malam PM serta rombongan dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat di LTSM, Kuala Nerus.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment