Páginas

Wednesday, 22 June 2016

Terengganu Sedia Bas Percuma Untuk Mahasiswa Balik Raya

By Noraini Jusoh -  20 Jun 2016

Gambar hiasan daripada Google Images
*****
Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke negeri Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang belajar di luar negeri ini.


Yang DiPertua Permata, Mohd Syahiran Annuar berkata, sebanyak lapan bas disediakan pada 1 Julai ini untuk membawa anak-anak Terengganu yang tidak ada tiket untuk pulang beraya ke kampung halaman.

“Kita sebenarnya menyasarkan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, tetapi kepada yang masih belum mempunyai tiket mereka dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan percuma oleh kerajaan negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi teganukita.

Mohd Syahiran berkata, tempat berkumpul bagi mahasiswa yang belajar di zon utara seperti Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis adalah di Stesen Bas Changlun, Kedah.

“Manakala, zon tengah di Masjid kampung Baru, Kuala Lumpur dan zon selatan pula mereka perlu berkumpul di Terminal Larkin, Johor atau di Universiti Teknologi Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kepada pelajar yang ingin membuat tempatan boleh hubungi Encik Bazli (Zon Utara) di talian 0137544392, Encik Amir (Zon Tengah) 01125447806 dan Encik Azam  (Zon Selatan) 0139995481 sebelum 26 Jun ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment